Ahli PIKUM caw.Jalan Ipoh

Ahli PIKUM caw.Jalan Ipoh

Tuesday, December 29, 2009

Aktiviti yang dijalankan pada 17/11/2009.






Pada : 17/11/2009
Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia

(PIKUM)

Mengucapkan selamat hari lahir kepada

Amer Hamizan semoga dimurahkan rezeki

dan dipanjangkan umur.

amin..



Sambutan telah dijalankan di

Dewan Dato' Azrat Gull

Batu 5 Jalan Ipoh

Kuala Lumpur

Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia


AKADEMI KALAM MALAYSIA
CAW.GELANGGANG BATU 5 JALAN IPOH K.L
Dengan suka cita nya AKADEMIK KALAM MALAYSIA akan menganugerahkan
pingat untuk pelajar dalam ketegori seperti berikut :
1.Pelajar cemerlang
2.Pelajar harapan
3.Pelajar berdisiplin
Dengan ini AKADEMI KALAM MALAYSIA berharap dan mendoakan kejayaan
semua pelajar seni silat kalam cawangan gelanggang Jalan Ipoh dapat
memberikan sepenuh perhatian dan bersemangat mempelajari ilmu
ini sehingga tamat dan diharapkan dengan ada nya anugerah ini
dapat menguatkan lagi semangat ahli seni silat kalam untuk belajar dan
anugerah ini juga untuk menunjuk kan tanda penghargaan AKADEMI KALAM
MALAYSIA kepada ahli yang menerimanya.
Semoga AKADEMI KALAM MALAYSIA CAW.GELANGGANG JALAN IPOH,dapat
melahirkan generasi muda yang berjiwa kental dan berani
dalam mengharungi dugaan hidup yang akan datang kelak.Jesteru itu AKADEMI
KALAM MALAYSIA berharap semua ahli dapat menjaga nama baik
Pertubuhan Seni Silat Kalam Utama Malaysia (PIKUM) dan dapat
menghayati moto seni silat kalam iaitu "Hidup Bersama,Mengembang dan
Menyatu" dan tidak lengkap semua ini tanpa diikuti dengan amalan setiap
perbuatan hanyalah semata-mata "Kerana Allah".
Pelajar mestilah
Berdoa,berusaha,istiqamah dan tawakal kepada Allah S.W.T.
AKADEMI KALAM MALAYSIA
CAW.BATU 5 JALAN IPOH K.L
PERATURAN-PERATURAN (PIKUM)
1.Ahli mestilah memakai baju silat yang telah dibeli.
2.Ahli mestilah datang 15 minit lebih awal sebelum sesi latihan bermula.
3.Ahli dilarang sama sekali merokok,mengambil dadah dan bahan-bahan yang mengkhayalkan
semasa sesi latihan dijalankan.
4.Ahli dilarang membawa orang luar menyaksikan latihan silan dan berada di sekitar
gelanggang silat tanpa kebenaran guru dan jurulatih yang bertugas.
5.Ahli dilarang bergaduh sesama ahli dan dilarang mengunakan perkataan kesat dan lucah
untuk berkomunikasi.
6.Ahli mestilah berada dalam keadaan sihat semasa menghadiri latihan silat.
7.Jika ahli mengalami sebarang masalah semasa latihan ahli hendak lah memaklumkan
kepada guru dan jurulatih yang bertugas.
8.Ahli dilarang keluar gelanggang tanpa kebenaran.
9.Ahli dilarang membuat bising dan dilarang menggunakan peralatan silat dan senjata
tajam tanpa kebenaran da pengawasan guru dan jurulatih.
10.Ahli mestilah menghormati dan menyayangi guru,jurulatih dan
ahli-ahli yang lain dengan ikhlas.
SENI SILAT KALAM
WADAH KEARAH JATI DIRI YANG SEJATI
HIDUP BERSAMA MENGEMBANG DAN MENYATU